Adakah soalan AIMS sesuai digunapakai di Kementerian/Jabatan/Agensi lain?

Ya, soalan AIMS bukan sahaja sesuai untuk Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara tetapi ia juga sesuai untuk semua jenis perkhidmatan dalam sektor Awam sama ada beruniform atau tidak kerana setiap perkhidmatan merujuk dan menggunapakai arahan, peraturan dan pekeliling yang sama. Pengubahsuaian yang minimum perlu dilakukan terhadap soalan AIMS bagi perkhidmatan yang mempunyai arahan dalaman atau peraturan khusus untuk sesuatu perkhidmatan seperti PMAT bagi Tentera.