header-malay

Selasa, Oktober 23, 2018

KEJAYAAN AIMS DI CAPAM INTERNATIONAL INNOVATION AWARDS

Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah berjaya menjuarai CAPAM International Innovation Awards 2012 dalam kategori Innovations in Public Service Management pada 21 hingga 26 Oktober 2012 di New Delhi, India. 

 

Kementerian Pertahanan diwakili oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Ismail bin Haji Bakar (Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)), Tuan Haji Johari bin Ismail (Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am), Lt Kol Hamisan bin Mian, Lt Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM dan Cik Norhayati binti Abdullah.

Presiden CAPAM semasa majlis penutup menyatakan pada peringkat awal sebanyak 200 penyertaan diterima dari seluruh negara Komanwel. Setelah ditapis hanya 40 penyertaan telah berjaya ke peringkat semi final dan dari itu hanya 12 penyertaan berjaya ke peringkat akhir bagi 4 kategori yang dipertandingkan.

Malaysia akan menjadi tuan rumah persidangan dwitahunan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM) serta Mesyuarat Menteri Perkhidmatan Awam Komanwel pada tahun 2014.

Bilangan Pengunjung

4338730
Hari Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
1421
277175
243614