header-malay

Ahad, November 19, 2017

Kalendar Aktiviti

No events

PELAKSANAAN AIMS PERINGKAT PTJ BAGI TAHUN 2017

Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah dilaksanakan pada 20 Februari hingga 3 Mac 2017. Skop pengauditan adalah dari bulan Januari hingga Disember 2016. Pengesahan terhadap jawapan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan AIMS dilaksanakan mulai 6 Mac hingga 31 Mei 2017.

 

KEJAYAAN AIMS DALAM ANUGERAH INOVASI KEMENTERIAN PERTAHANAN (AIKP) TAHUN 2016

Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah bertanding dalam Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) Tahun 2016 bagi kategori Pengurusan Kewangan. Projek Peningkatan AIMS telah berjaya mendapat tempat kedua.

 

PELAKSANAAN AIMS PERINGKAT PTJ BAGI TAHUN 2016

Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah dilaksanakan pada 21 hingga 25 Mac 2016. Skop pengauditan adalah dari bulan Januari hingga Disember 2015. Surat pelaksanaan boleh dimuat turun di ruangan Informasi > Muat Turun. Taklimat pelaksanaan AIMS kepada semua PTJ telah diadakan pada 8 Mac 2016.

 

AIMS BERJAYA SEHINGGA KE PUSINGAN KEDUA UNITED NATIONS PUBLIC SERVICE AWARDS 2014

Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah menyertai semula United Nations Public ServiceAwards (UNPSA) 2014 bagi kategori baru iaitu Improving The Delivery Of Services. AIMS telah berjaya melepasi penilaian pusingan pertama dan kedua. Walau bagaimanapun, AIMS tidak terpilih untuk ke peringkat akhir UNPSA.

 

AIMS BERJAYA SEHINGGA KE PUSINGAN KEDUA UNITED NATIONS PUBLIC SERVICE AWARDS 2013

Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah berjaya memasuki pusingan kedua United Nations Public Service Awards (UNPSA) dengan keperluan penyerahan surat rujukan daripada Ketua Audit Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam serta lima (5) dokumen sokongan iaitu Laporan Tahunan BADSA 2011, Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan AIMS 2011, Publikasi CAPAM, keratan akhbar dan video AIMS. Walau bagaimanapun, AIMS tidak terpilih untuk ke peringkat akhir UNPSA. Pihak BADSA akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada dan bertanding semula di tahun hadapan.

 

AIMS MELEPASI PUSINGAN PERTAMA UNITED NATIONS PUBLIC SERVICE AWARDS

Accountability Index Monitoring System (AIMS) telah berjaya melepasi pusingan pertama penilaian United Nations Public Service Awards (UNPSA). Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am, Kementerian Pertahanan Malaysia sedang membuat persediaan bagi pusingan kedua penilaian iaitu penyerahan dokumen sokongan dan surat rujukan.

Bilangan Pengunjung

2051222
Hari Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
356
42169
87887